Sunday 8 January 2017

BESERAH GUEST HOUSE


Bangunan kayu berbumbung tinggi dibina pertengahan dekad 1920an. Setelah jalan Kuantan Beserah sepanjang 5 batu dibina pada tabun 1920, Beserah dikenali bukan hanya sebuah bandar pengeluar hasil laut malah juga sebuah kampung di tepi laut yang cantik pemandangannya.

FMS membina bangunan ini untuk dijadikan tempat rehat pegawainya yang bercuti. Ia juga penginapan bagi pegawai yang bertugas di Beserah..


Dari anjung Guest House dapat dilihat pengkalan nelayan dan pantai yang berdekatan. Dahulu kawasan rest house tempat larangan bagi orang tempatan. Hingga kini guest house ini kekal beroperasi.  Guest House satu sejarah yang masih kekal di Beserah.

Peristiwa Bersejarah

1927

Hugh Clifford ketika itu High Commissioner FMS telah melawat Beserah dan singgah di sini sebelum dibawa dengan perahu payang ke tengah laut di mana Kapal rasmi FMS, iaitu Sea Belle menanti. 

1958

Ungku Aziz dan kumpulan dari UM Singapura menginap di sini ketika proses kajian kemiskinan. Satu kajian yang menjadi rujukan hingga kini

Oleh: 

Admin #kgbeserah

facebook/kgbeserah



Tuesday 3 November 2015

Monumen Bersejarah

Kesan Sejarah - Kubu Perang Dunia ke 2



Selepas "Kod Purple" rahsia tentera Jepun di pecahkan oleh Perisik Perikatan, ia membawa maklumat rancangan pendaratan Jepun di pantai Timur Semenanjung. Maka British mula membina pertahanan di sepanjang pantai yang berisiko.

Jarak pantai Beserah dari Tanjong Pelindong Tengah hingga ke Batu Hitam anggaran sekitar 8km dan 6 buah kubu dibina. Setiap satu dibina dengan jarak sekitar 1 km dan 1.2 km dan Pasukan Briged ke 22 Tentera India ditugaskan di kubu-kubu yang ada namun British sebenarnya merancang untuk pertahankan Pengkalan Udara Kuantan dan kekuatan tentera bertumpu di tebing sungai Tanah Putih. Jelas British akan hanya cuma pertahankan kawasan yang berkepentingan.

Maka tiada pertempuran di sepanjang pantai Beserah hingga ke Tanjung Gelang danTentera Jepun yang mara dari laut mendarat di Teluk Tongkang tanpa tentangan. Pasukan ini kemudian bergabung dengan pasukan yang mara dari Terengganu melalui Lembah Jabor.

                                                     

Nilai Sejarah

Sejarah ditulis,  British menyangka Jepun akan mara melalui laut tetapi jangkaan mereka meleset apabila sekumpulan besar tentera Jepun mara dengan basikal dan dengan strategi ini mereka berjaya menawan seluruh Malaya dalam 65 hari. Pembinaan kubu-kubu ini sebahagian dari perancangan pertahanan British ketika itu. Kini yang masih jelas 3 buah kubu di Batu Hitam,Pantai Pelindong dan kampung Bahagia. Kubu Seberang Che Let tertimbus di Kuala Beserah manakala Kubu Mengabang Tumpat dan juga Kubu Batu Pelindong akan turut menerima nasib yang sama tidak lama lagi.

Kubu Pelindung


Kubu hala ke darat

Kubu yang alami hakisan laut (Kredit Thomas Lee)


- Admin Facebook Page -  Kampung Beserah

Tuesday 15 September 2015

Tempat Pelancongan Terbaik di Beserah Kuantan

Hai . 

Beserah sememangnya terkenal dengan sektor semualajadi yang terbaik di Malaysia , jika anda pencinta alam semulajadi . Beserah sememangnya tempat yang terbaik yang perlu anda lawati. 

Antara tempat-tempat yang seharusnya anda lawati adalah seperti Pantai Batu Hitam , Satelit Bumi , Batu Pelindung Beserah . 

let's check it out . 









Teritik : boleh didapati di sekitar pantai


Satelit Bumi 




AIR TERJUN BESERAH


***** PANTAI BATU HITAM

Tempat duduk yang selesa untuk pengunjung yang datang 





Nelayan sedang mengeluarkan ikan dari pukat



udang lipan 
 Udang Lipan didapati boleh mengubat ubat lelah dan astma



Batu Hitam





,
so , jangan lepaskan peluang untuk datang ke Kampung Beserah untuk menikmati pemandangan yang cantik =) 




Wednesday 9 September 2015

Pemandangan Indah di Mukim Beserah

assalamualaikum

okey hari tu dah update pasal pengenalan tentang kampung Beserah dan sekarang nak share tentang pemandangan indah yang ada di Mukim Beserah


bot bot nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan di laut





sedang menarik bot ke tepian pantai



Masjid lama yang penuh dengan sejarah tersendiri




air telaga yang dikatakan mampu untuk bahan perubatan islam

beduk lama yang masih kekal sehingga kini


aktivit kampung oleh para wanita


persekitaran kampung






aktivit 'Jungle trekking' yang boleh dilakukan




itu saja yang dapat di share untuk entry kali ini ,
nanti akan diupdate lagi di kemudian hari
stay tune! :)

Monday 7 September 2015

Kampung Beserah Kuantan Pahang

Beserah adalah sebuah perkampungan nelayan yang terkenal. Kampung ini terletak kira-kira sepuluh kilometer dari bandar Kuantan.

Kira-kira seratus tahun dahulu, ada seorang ahli tasauf berketurunan Arab yang berkampung halaman di Daik, Indonesia. Orang itu bernama Syed Abdul Rahman Syed Abdul Samad. Suatu ketika beliau mengetuai sepasukan pejuang Islam menuju ke Pattani di selatan Siam. Syed Abdul Rahman pergi ke Pattani untuk membantu ayahnya menentang tentea Siam. Ketika itu ayahnya memimpin sepasukan pejuang pembebasan di sana.

Walaubagaimanapun, cita-cita Syed Abdul Rahman hendak membantu pejuang Islam di Pattani itu gagal. Pasukannya kekurangan anggota serta senjata. Lantaran itu, Syed Abdul Rahman diminta berpatah balik ke Daik. Seorang warisnya dari negeri Siam yang bernama Haji Senik Abdul Karim telah ditugaskan menghantar pasukan Syed Abdul Rahman pulang ke Daik.

Akan tetapi, apabila sampai ke Johor rombongan Haji Senik diarah berpatah balik ke Pattani kerana orang Johor sanggup menyambung tugas ulama itu pulang ke Daik.

Dalam perjalanan balik dari Johor, rombongan Haji Senik singgah dan berkampung di satu kewasan yang diberi nama Teruntum. Menurut cerita, nama Teruntum berasal daripada ‘teratai sekuntum’.  (Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada bunga ‘teruntum’). Nama itu diberi kerana ketika rombongan Haji Senik sampai, terdapat sekuntum teratai yang mekar indah di situ. Teruntum adalah nama lama bandar Kuantan yang sekarang menjadi ibu negeri Pahang.

Kedatangan Haji Senik disusuli oleh adiknya Siti Fatimah tidak lama kemudian. Siti Fatimah dikenali penduduk setempat sebagai ‘Tun Fatimah dari Pattani’. Tun Fatimah meninggal dunia tidak lama selepas dia tiba di Teruntum. Dia dikebumikan di situ.
Haji Senik sangat sedih atas kematian adiknya itu. Dia membuat keputusan untuk mencari kawasan penempatan baru dan berpindah dari situ. Lagipun tanah di Teruntum gersang dan tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam.

Haji Senik dan anak buahnya menyusur pantai mencari tempat baru. Setelah beberapa hari berjalan mereka sampai ke sebatang anak sungai. Mereka mendapati tanah di situ subur kerana terdapat banyak tumbuhan. Anak sungai itu jernih airnya. Ikan pun banyak di situ. Haji Senik mengambil keputusan untuk berkampung di situ. Mereka bergotong-royong membersihkan hutan.

Ketika mereka membersihkan kawasan tersebut, mereka mendapati banyak beruang berkeliaran di situ. Dengan itu, mereka menamakan sungai itu Sungai Beruang, dan perkampungan mereka sebagai Kampung Beruang. Tanah di Kampung Beruang itu sangat subur untuk bercucuk tanam. Masalahnya beruang juga gemar ke situ untuk mencari madu kelulut. Ketika mereka pergi ke kebun, mereka sering terserempak dengan beruang.
Akhirnya mereka mengadu hal itu kepada Haji Senik. Setelah mendengar aduan anak buahnya, Haji Senik meyakinkana mereka dengan berkata bahawa tempat itu adalah tempat yang paling sesuai untuk dibuat perkampungan. Tambah Haji Senik lagi, mereka hendaklah berkerjasama untuk membuat pagar agar beruang itu tidak dapat masuk ke kebun lagi.

“Kita berserah kepada Allah sahaja, agar segala yang kita buat itu berjaya.” tegasnya.

Haji Senik telah beberapa kali menyebut ‘berserah kepada Allah’ sebagai kata-kata perangsang untuk meyakinkan anak buahnya supaya cekal menghadapi masalah tersebut dan seterusnya tinggal di situ.

Bersempena dengan ungkapan ‘berserah kepada Allah’, akhirnya anak buahnya menamakan tempat itu Sungai beserah dan kampung itu, Kampung Beserah. Kian hari kampung itu kian terkenal, dan penduduknya juga semakin ramai.

Ancaman daripada beruang tidak berkekalan. Mereka hidup dengan aman dan damai serta bermuafakat dalam semua hal. Haji Senik mengajar agama dan mendirikan masjid yang pertama di Beserah.

Haji Senik dikatakan kerap berulang-alik ke istana Sultan di pekan dan beliau dilantik oleh Sultan sebagai penghulu Beserah yang pertama. Almarhum Sultan Ahmad diceritakan sangat sayang kepada Haji Senik kerana kebijaksanaannya menyelesaikan masalah masyarakat.

Beserah pada abad kedua puluh menjadi pusat perniagaan terkemuka dan menjadi tumpuan peniaga Cina dan India. Kini Beserah bukan sahaja dikenali sebagai kampung nelayan malah sudah banyak rumah dan kedai batu yang dibina, setara dengan perkembangan bandar-bandar lain di Pahang.

-AIDA-