Tuesday 3 November 2015

Monumen Bersejarah

Kesan Sejarah - Kubu Perang Dunia ke 2



Selepas "Kod Purple" rahsia tentera Jepun di pecahkan oleh Perisik Perikatan, ia membawa maklumat rancangan pendaratan Jepun di pantai Timur Semenanjung. Maka British mula membina pertahanan di sepanjang pantai yang berisiko.

Jarak pantai Beserah dari Tanjong Pelindong Tengah hingga ke Batu Hitam anggaran sekitar 8km dan 6 buah kubu dibina. Setiap satu dibina dengan jarak sekitar 1 km dan 1.2 km dan Pasukan Briged ke 22 Tentera India ditugaskan di kubu-kubu yang ada namun British sebenarnya merancang untuk pertahankan Pengkalan Udara Kuantan dan kekuatan tentera bertumpu di tebing sungai Tanah Putih. Jelas British akan hanya cuma pertahankan kawasan yang berkepentingan.

Maka tiada pertempuran di sepanjang pantai Beserah hingga ke Tanjung Gelang danTentera Jepun yang mara dari laut mendarat di Teluk Tongkang tanpa tentangan. Pasukan ini kemudian bergabung dengan pasukan yang mara dari Terengganu melalui Lembah Jabor.

                                                     

Nilai Sejarah

Sejarah ditulis,  British menyangka Jepun akan mara melalui laut tetapi jangkaan mereka meleset apabila sekumpulan besar tentera Jepun mara dengan basikal dan dengan strategi ini mereka berjaya menawan seluruh Malaya dalam 65 hari. Pembinaan kubu-kubu ini sebahagian dari perancangan pertahanan British ketika itu. Kini yang masih jelas 3 buah kubu di Batu Hitam,Pantai Pelindong dan kampung Bahagia. Kubu Seberang Che Let tertimbus di Kuala Beserah manakala Kubu Mengabang Tumpat dan juga Kubu Batu Pelindong akan turut menerima nasib yang sama tidak lama lagi.

Kubu Pelindung


Kubu hala ke darat

Kubu yang alami hakisan laut (Kredit Thomas Lee)


- Admin Facebook Page -  Kampung Beserah